Thursday, March 10, 2011

Bawang merah serba guna

Bawang merah merupakan antara herba yang paling hampir dengan semua orang. Ia menjadi rencah dan sebahagian resipi utama dalam kebanyakan masakan. Dari keluarga tumbuhan Lilliaceae, bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa L. digunakan dalam masakan dan perubatan di seluruh dunia. Bawang merah kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik). Ia digunakan dalam Ayurveda yaitu seni perobatan terkenal di kalangan masyarakat India yang percaya ia mempunyai khasiat tinggi mengubati pelbagai penyakit.

Dalam buku Indigenous Drugs of India, dinyatakan bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak termasuk bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika diminum bisa mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengobati cirit-birit. Dalam pengobatan tradisional, bawang digunakan untuk menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya ialah menampal bawang merah yang dilumatkan terlebih dahulu ke muka setiap hari.

Sudah bertahun-tahun lamanya jus bawang merah bisa digunakan untuk mengobati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas di merata negara. Selain itu, beberapa kajian membuktikan ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecah lemak dalam badan. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar.

Beberapa kajian menunjukkan bahwa ia dapat mengurangi keadaan hipertensi, kandungan gula yang tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam darah. Sebagian pakar herba berpendpat penggunaan bawang merah juga bisa menghilangkan ketuat dan juga digunakan sebagai bahan diuretik. Diuretik adalah obat penambah air kencing dengan menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. Ia digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma. Maka dari itu, bawang merah bias membantu mengobati sakit demam, angin dalam badan, luka, bisul, telinga bernanah dan mengubati buasir. Untuk demam dan membuang angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan sedikit minyak kelapa. Selepas itu ia dilumurkan di kepala untuk melegakan demam atau disapukan di perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam badan. Air perahan atau jus bawang merah kemudian disapu pada tempat luka dan di sekeliling bisul atau dititikkan ke telinga yang bernanah.

Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu. Ia kemudian ditekapkan di lubang dubur dan diulangi beberapa kali.
Sementara itu, dengan memakan mentah atau meminum jus bawang merah, ia bisa mengobati kencing manis, batuk dan selesema serta membuang dahak dari saluran bronkial.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive